Pengalaman Kembara Saya Ke India
Pada 15 Mac yang lalu, saya dan keluarga saya pergi melancong di India. Pengalaman saya di sana sungguh seronok. Kami bertolak dari KLIA pada pukul 10.15 malam. Kami telah sampai di sana iaitu Chennai, tanpa sebarang masalah dan halangan dengan kerahmatan Tuhan. Setelah sampai di sana, kami telah dibawa oleh seorang pemandu van yang telah siap ditempah oleh kami semasa berada di Malaysia juga. Seterusnya, kami pergi ke sebuah restoran dan seterusnya ke hotel yang bernama Taz Kamar. Setelah berehat, kami pergi berjalan-jalan di bazar yang berdekatan dengan hotel tersebut. Selepas makan malam, kami balik ke hotel. Pada hari kesokannya, kami ke sebuah kuil di sana. Kuil itu berada di sebelah laut. Oleh itu, kami turut pergi ke pantai tersebut yang dikenali sebagai "Marina Beach" lepas bersembayang. Selepas itu, kami ke sebuah pusat membeli belah. Setelah habis membeli belah kami ke hotel. Pada hari ketiga, kami ke beberapa kedai (street shops) ...