Pengalaman berada di kampus UPM Serdang
Pada 1 September yang lepas, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah megadakan sesi pendaftaran untuk pelajar baru bagi kemasukan untuk ijazah sarjana mudah (degree). Saya merupakan salah satu daripada pelajar tersebut. Pengalaman saya di UPM agak berbeza sebab ini merupakan kali pertama saya tinggal di hostel dan belajar. Pada hari pertama itu, semua pelajar beratur untuk mendaftar di kolej masing-masing. Saya telah dapat Kolej 14. Oleh itu, sesi pendaftaran untuk kami berlangsung di sebuah dewan iaitu Dewan Putra. Selepas urusan pendaftaran dan pemberian kunci, petang itu, orientasi telah bermula untuk pelajar-pelajar baru.
Pada minggu orientasi itu, banyak aktiviti telah dilakukan. Hari kedua orientasi, kami semua
kumpul di Dewan Putra untuk sesi kenal mengenal tetapi aktiviti kenal megenal itu tidak dilakukan. Selain itu, senior telah mengedarkan baju UPM kepada semua pelajar dan beberapa barang lagi seperti payung, maflah, dan beg. Pada minggu orientasi tersebut banyak taklimat telah dilaksanakan seperti taklimat daripada Canselor UPM, pengetua kolej, kauseling dan sebagainya. Selain itu, kami juga ada pertandingan 'cheers' antara kolej di Bukit Ekspo dan beberapa aktiviti lain telah dilaksanakan.
Pada hari akhir orientasi itu, iaitu hari Ahad aktiviti penanaman pokok pisang telah diadakan. Semua pelajar yang hadir untuk aktiviti itu, berjalan beberapa kilometer untuk sampai tempat penanaman pokok itu. Setelah sampai, kami disuruh untuk berdua untuk menanam satu pokok. Sehubungan dengan itu, saya dan kawan saya telah diberi satu pucuk pokok dan diajar cara menanamnya. Selepas itu, kami boleh ambil lagi pucuk pokok untuk menanamnya. Kami semua tidak dibenarkan untuk balik sehingga habis menanam pucuk pokok yang diberikan kepada kita. Saya dan rakan saya berasa sungguh penat dan lapar sebab kami hanya makan satu roti sahaja.Walaupun kami rasa sungguh penat, pengalaman itu, sungguh seronok dan tidak dapat dilupakan.
Seterusnya, pada minggu ke dua di UPM, satu uji bakat telah dilaksanakan oleh pihak kolej untuk sebuah pertandingan antara kolej iaitu Malam Tunas Budaya (MTB). Saya dan beberapa orang kawan saya telah menyertai uji bakat tersebut dan telah terpilih. Pada hari keesokannya, latihan untuk MTB telah dimulakan. Setiap malam sehingga hari pertandingan MTB, kami semua ke latihannya. Terdapat hari yang kita balik pada pukul 3.30 pagi. Sehingga tengah malam kita akan berada dalam latihan. Walaupun, berasa letih dan tak cukup tidur, saya masih berasa seronok semasa berada di sana. Hal ini kerana, kami semua dapat peluang untuk mengeratkan hubungan antara rakan-rakan baru tersebut. Sehari sebelum MTB pratonton telah dilaksanakan. Kami semua telah mula latihan dari pagi.
Pada malam 18 September 2019, tibanya hari kemuncak iaitu MTB telah berlangsung. Saya dan rakan saya, berasa berdebar kerana bilangan penonton yang hadir ke program itu adalah ramai sangat iaitu dalam ribuan. Semua kolej telah ada giliran sendiri. Kolej saya mempunyai giliran ke-6. Sudah pun tibanya, giliran kami. Kami telah memberi persembahan yang sebaik mungkin daripada kita. Setiap kolej telah memberi persembahan dengan penuh kreativiti. Setelah habis persembahan daripada setiap kolej, majlis penyampian hadiah telah dilangsungkan. Pada malam itu, kolej saya tidak memenangi apa-apa pun. Walaupun kami tidak menang, kami tetap berasa gembira kerana kita telah memberi persembahan tanpa sebarang kesalahan. Hal ini demikian, kami tetap menang di hati, walaupun tidak menang apa-apa hadiah.
Pada minggu yang sama, kawasan persekitaran di UPM telah mengalami jerebu. Beberapa kelas juga telah batal disebabkan jerebu. Ramai yang jatuh sakit pada minggu itu termasuk saya sendiri. Walaupun keadaan jerebu yang teruk, kami terpaksa keluar dari kolej kita untuk menyelesaikan urusan PTPTN. Mula-mula saya dan kawan saya pergi ke kedai cetak untuk mencetak segala borang-borang PTPTN. Selepas itu, kami ke pos laju untuk membeli setem. Seterusnya, kami pergi ke pajabat fakulti kita untuk meminta tanda tangan dan akhirnya ke sebuah dewan untuk menghantar borang-borang tersebut.
Seterusnya, pada minggu ke empat kami telah mula untuk berlatih dan bersedia untuk program seterusnya iaitu " Mutamizh Sangamam" ( MAHANI). Ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar India. Setiap kolej akan mengambil bahagian dalam program ini. Sehubungan dengan itu, setiap kolej dianggap sebagai satu kumpulan dan diberi sebuah drama klasik untuk dilakonkan. Kami semua telah melakukan persediaan untuk program tersebut. Program itu akan dilaksanakan pada malam 19 Oktober 2019 yang tidak lama lagi. Setakat ini sahaja, pengalaman baru saya di UPM.
Comments
Post a Comment