Faedah menabung dalam kalangan remaja dan cara menggalakkannya

        Menabung merupakan simpanan sedikit wang daripada jumlah wang yang diperolehi. Amalan menabung ini merupakan salah satu perkara yang sangat baik dan patut diamalkan. Amalan ini boleh dilaksanakan dengan membuka akaun di bank bagi orang dewasa manakala bagi Budak-Budak boleh menabung dalam tabung. Terdapat banyak faedah boleh diperolehi oleh remaja melalui amalan menabung.

        Salah satu faedahnya, ialah meringankan beban ibu bapa. Hal ini dikatakan, kerana apabila anak-anak menggunakan duit simpanan mereka, kos perbelanjaan ibu bapa akan menjadi kurang. Maka, mereka dapat menggunakan duit tersebut untuk perbelanjaan lain. Lebih-lebih lagi, apabila seseorang itu mempunyai duit simpanan sendiri, mereka tidak perlu meminta duit daripada sesiapa untuk membelikan sesuatu. Seterusnya, mereka dapat menggunakan wang yang ditabung tersebut untuk pembelajaran pada masa depan. Hal ini kerana, jika mereka menabung sejak kecil, lama-kelamaan mereka dapat menyimpan jumlah wang yang besar. Maka, ia dapat menolong untuk pembelajaran mereka pada masa depan. Hal ini dapat meringankan beban ibu bapa secra tidak langsung.

        Selain itu, amalan menabung ini dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat. Apabila seseorang remaja itu diajar sejak kecil untuk menabung, maka mereka akan mengamalkannya apabila manjadi besar nanti. Sehubungan dengan ini, mereka akan menbelanjakan wangnya dengan berjimat cermat walaupum memegang jumlah wang yang besar. Hal ini kerana, mereka mengetahui kepentingan menabung pada masa yang akan datang dan akan merancang perbelanjaannya dengan bijak. Selain itu, mereka juga tidak akan boros berbelanja dengan membelikan barang-barang yang tidak diperlukan atau  tidak penting. Selain itu, mereka juga akan merancang perbelanjaannya dengan menyediakan senarai barang yang perlu dibelikan dengan mengirakan harganya.

       Seterusnya, bagi cara mengamalkan amalan menabung dalam kalangan remaja ialah mendidik seseorang itu sejak kecil lagi. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting. Hal ini boleh dilaksanakan dengan mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan menabung sejak kecil lagi. Selain mendidik sahaja, mereka juga patut mengambil tindakan supaya anak mereka melaksanakannya. Hal ini dapat dilaksanakan dengan membelikan tabung kepada mereka dan megajar mereka untuk menabung, Selain itu, ibu bapa juga patut membuka akaun untuk anak mereka di bank dan apabila duit yang ditabung oleh anaknya menjadi banyak, mereka patut memasukkan dalam banknya. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam hal ini dengan menerapkan kepentingan menabung dalam matapelajaran mereka. Guru-guru haruslah mengajar anak murid mereka untuk menabung.

        Cara lain untuk menggalakkan amalan menabung ialah pihak kerajaan haruslah memberi kesedaran kepada remaja tentang faedah menabung. Hal ini dapat dilaksanakan dengan menganjurkan kempen kesedaran. Dalam kempen tersebut, ceramah tentang kebaikan menabung boleh diberikan kepada mereka. Selain itu, langkah-langkah yang memudahkan seseorang remaja untuk menabung boleh dilaksanakan. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menyediakan surat kebenaran untuk membuka akaun di sesebuah bank dengan jumlah wang permulaan yang lebih sedikit berbanding dengan biasa. Hal ini akan mendesak seseorang itu untuk membuka akaun.

        Kesimpulannya, amalan menabung ini merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana, pada masa ini hampir semua benda dalam dunia ini memerlukan duit. Sehubungan dengan ini, semua pihak harus memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menabung kepada golongan remaja pada generasi ini.

Comments

  1. Menabung merupakan simpanan sedikit wang daripada jumlah wang yang diperolehi. Amalan menabung ini merupakan salah satu perkara yang sangat baik dan patut diamalkan. Amalan ini boleh dilaksanakan dengan membuka akaun di bank bagi orang dewasa manakala bagi Budak-Budak boleh menabung dalam tabung. Terdapat banyak faedah boleh diperolehi oleh remaja melalui amalan menabung.

    Salah satu faedahnya, ialah meringankan beban ibu bapa. Hal ini dikatakan, kerana apabila anak-anak menggunakan duit simpanan mereka, kos perbelanjaan ibu bapa akan menjadi kurang. Maka, mereka dapat menggunakan duit tersebut untuk perbelanjaan lain. Lebih-lebih lagi, apabila seseorang itu mempunyai duit simpanan sendiri, mereka tidak perlu meminta duit daripada sesiapa untuk membelikan sesuatu. Seterusnya, mereka dapat menggunakan wang yang ditabung tersebut untuk pembelajaran pada masa depan. Hal ini kerana, jika mereka menabung sejak kecil, lama-kelamaan mereka dapat menyimpan jumlah wang yang besar. Maka, ia dapat menolong untuk pembelajaran mereka pada masa depan. Hal ini dapat meringankan beban ibu bapa secra tidak langsung.

    Selain itu, amalan menabung ini dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat. Apabila seseorang remaja itu diajar sejak kecil untuk menabung, maka mereka akan mengamalkannya apabila manjadi besar nanti. Sehubungan dengan ini, mereka akan menbelanjakan wangnya dengan berjimat cermat walaupum memegang jumlah wang yang besar. Hal ini kerana, mereka mengetahui kepentingan menabung pada masa yang akan datang dan akan merancang perbelanjaannya dengan bijak. Selain itu, mereka juga tidak akan boros berbelanja dengan membelikan barang-barang yang tidak diperlukan atau tidak penting. Selain itu, mereka juga akan merancang perbelanjaannya dengan menyediakan senarai barang yang perlu dibelikan dengan mengirakan harganya.

    Seterusnya, bagi cara mengamalkan amalan menabung dalam kalangan remaja ialah mendidik seseorang itu sejak kecil lagi. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting. Hal ini boleh dilaksanakan dengan mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan menabung sejak kecil lagi. Selain mendidik sahaja, mereka juga patut mengambil tindakan supaya anak mereka melaksanakannya. Hal ini dapat dilaksanakan dengan membelikan tabung kepada mereka dan megajar mereka untuk menabung, Selain itu, ibu bapa juga patut membuka akaun untuk anak mereka di bank dan apabila duit yang ditabung oleh anaknya menjadi banyak, mereka patut memasukkan dalam banknya. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam hal ini dengan menerapkan kepentingan menabung dalam matapelajaran mereka. Guru-guru haruslah mengajar anak murid mereka untuk menabung.

    Cara lain untuk menggalakkan amalan menabung ialah pihak kerajaan haruslah memberi kesedaran kepada remaja tentang faedah menabung. Hal ini dapat dilaksanakan dengan menganjurkan kempen kesedaran. Dalam kempen tersebut, ceramah tentang kebaikan menabung boleh diberikan kepada mereka. Selain itu, langkah-langkah yang memudahkan seseorang remaja untuk menabung boleh dilaksanakan. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menyediakan surat kebenaran untuk membuka akaun di sesebuah bank dengan jumlah wang permulaan yang lebih sedikit berbanding dengan biasa. Hal ini akan mendesak seseorang itu untuk membuka akaun.

    Kesimpulannya, amalan menabung ini merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana, pada masa ini hampir semua benda dalam dunia ini memerlukan duit. Sehubungan dengan ini, semua pihak harus memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menabung kepada golongan remaja pada generasi ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman menikmati makanan tradisional

Pengalaman membaca buku