Pengalaman menikmati makanan tradisional
Makanan tradisional merupakan salah satu faktor yang melambangkan adat dan identiti sesuatu kaum. Terdapat pelbagai makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia. Contohnya, nasi lemak dan rendang bagi kaum Melayu, tosai dan murukku bagi kaum India manakala kuih bulan dan char keow teow bagi kaum Cina. Makanan tradisional merupakan aspek penting yang mengeratkan perpaduan antara kaum. Hal ini kerana, apabila kaum lain menikmati makanan kaum lain yang lazat itu, mereka dapat mengetahui lebih tentang adat dan budaya kaum lain. Maka, hubungan mereka akan menjadi lebih erat secara tidak langsung. Begitu juga dengan saya. Pengalaman saya makan makanan tradisional kaum Cina adalah apabila saya menikmati kuih bulan semasa perayaan kuih bulan.
Pertama kali saya makan kuih bulan adalah semasa pengurus tempat kerja kakak saya memberi kuih bulan kepadanya. Dia membawa kuih bulan tersebut dan memberi kepada saya dan keluarga saya. Rasanya agak manis dan sedap dimakan. Kuih bulan tersebut mempunyai beberapa jenis seperti kuih bulan berperisa pandan, kacang merah dan ada juga kuih bulan yang mempunyai telur sebagai intinya. Biasanya,kuih bulan yang berinti kacang merah yang popular. Terdapat juga kuih bulan yang berwarna-warni seperti warna putih, hijau, dan ungu tetapi biasanya kuih bulan berwarna coklat. Rupa kuih bulan tersebut biasanya bulat ataupun empat segi. Kuih bulan ini biasanya dibuat daripada pes teratai.
Selepas makan dengan penuh selera, saya bertanya kepada kakak saya cara membuat kuih bulan. Kakak saya pun tidak mengetahui cara buatnya. Selepas itu, kami mula mencari caramembuatnya alam Internet. Setelah beberapa kami dapat melihat cara membuat kuih bulan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menbuat doh kuih bulan ialah sirap yang berwarna coklat keemasan, air alkali, minyak sayuran dan tepung. Menyukat bahan-bahan tadi dengan betul dan mencampurkan semuanya dalam satu mangkuk yang besar. Selepas berkacau beberapa minit, ia akan menjadidoh yang lembut. Selepas itu, menutup doh tersebut dan memasukkan dalam peti sejuk. Sementara doh tersebut berada dalam peti sejuk,inti boleh disediakan. Bagi menyediakan intinya, pes teratai tersebut boleh dibuat sendiri atau boleh membeli yang sudah siap. Bagi inti yang lain turut sama seperti kacang merah dan kaya.
Langkah seterusnya ialah menggentel tepung yang diadun tadi dan turut menggentel inti yang disiap. Kemudian meletakkan tepung yang digentel ditengah permukaan plastiklalu melipat plastik tersebut dan mengguli tepung tersebut. Seterusnya, memasukkan inti ke dalam tepung yang diguli itu. Kemudian memasukkannya ke dalam acuan. Maka, kuih bulan akan siap. Kami berdua hanya melihat resepinya tetapi tidak melakukannya.
Pada suatu hari, semasa saya belajar tingkatan enam, sebuah kumpulan telah membentangkan tentang kuih bulan untuk Perayaan Kuih Bulan. Biasanya setiap hari Jumaat, semua pelajar moral akan melakukan sebuah aktiviti sementara pelajar-pelajar Melayu bersolat. Pada minggu itu, sahaja Perayaaan Kuih Bulan berlalu. Sehubungan dengan itu, terdapat satu kumpulan pelajar yang membentangkan tentang Perayaan Kuih Bulan dan sejarahnya. Mereka juga memberikan kuih bulan kepada kita untuk makan selepas pembentangan tahap. Pada masa dulu, di China banyak Maharaja menyembah bulan setiap tahun. Kemudian adat tersebut telah diterima oleh masyarakat dan menjadi semakin popular dari semasa ke semasa.
Mereka memberitahu bahawa pada asalnya Perayaan Kuih Bulan ini berasal dari adat bulan semasa zaman Dinasti Zhou pada 3000 tahun yang lalu. Seterusnya, mereka memulakan dengan menceritakan kisah wujudnya Perayaan Kuih Bulan. Mereka menceritakan tentang kisah Chang E. Pada masa dahulu, ia dikatakan bahawa terdapat 10 matahari dan yang paling haba akan menyebabkan kehidupan masyarakat susah. Mereka bersambung dengan mengatakan seorang pahlawan yang bernama Huo Yi, menembak Sembilan daripada sepuluh matahari dengan menggunakan kekuatnnya.Setelah mendengar karya hebat ini, orang datang utnuk belajar daripada pahlawan tersebut. Peng meng merupakan salah seorangnya. Kemudian Hou Yi berkahwin dengan seorang gadis yang cantik yang bernama Chang E. Pada suatu hari Hou Yi, pergi ke Wangmu iaitu ratu syurga untuk bermu pada rakan lamanya. Wangmu telah menawarkan Huo Yi satu elixir yang akan menyebabakan dia terus ke syurga dan menjadi tuhan jika HuoYi meminumnya. Huo Yi telah membawanya ke rumah dan memberikan kepada isterinya. Peng Meng telah melihat Huo Yi memberikan isterinya satu elixir. Suatu hari sementara Huo Yi pergi memburu, Peng Meng memasuki rumahnya dan meminta Chang E untuk memberikan elixir tersebut. Tanpa mengetahui apa yang patut dibuat, Chang E terus meminum elixir tersebut. Setelah meminumnya dia terus ke langit.
Cinta Chang E terhadap suaminya menariknyake arah bulan yang dianggap lebih dekat kepada bumi. Setelah mengetahui apa yang berlaku, Huo Yi menjadi sungguh sedih dan menjerit nama isterinya ke langit. Dia terpegum melihat sebuah rupa di bulan yang Nampak macam isterinya. Kemudian, dia membawa makanan kesukaan Chang E dan menawarkan kepadanya sebagai tanda pergorbanan. Mulai itu, pengorbanan kepada bulan menjadi amalan dalam kalangan rakyat. Seterusnya, hari itu, disambut sebagai Perayaan Kuih Bulan dan kuih bulan diedarkan kepada ahli-ahli keluarga, rakan dan jiran sebagai tanda pengorbanan.
Selepas pembentangan tersebut saya pun mengetahui sebab perayaan tersebut disambut. Kemudian kami semua makan kuih bulan yang diedarkan kepada kami. Mulai hari itu, saya dapat mengetahui sejarah kuih bulan selain tahu makan sahaja.

Comments
Post a Comment