Kesan Jerebu Terhadap Kehidupan Manusia

      Jerebu merupakan salah satu daripada pencemaran alam sekitar. Pencemaran ini adalah akibat daripada perbuatan manusia sendiri seperti kerap menggunakan peralatan yang mengandungi kloroflurokarbon, pelepasan asap kilang tanpa memasang alat penapis, dan peningkatan penggunaan kenderaan bermotor. Masalah jerebu ini tidak boleh dipandang ringan kerana dia membawa banyak kesan negatif.

      Kesan yang ketara dalam masalah jerebu ini ialah kesihatan manusia terjejas. Hal ini kerana, uadaranya telah tercampur dengan toksik seperti karbon dioksida dan sulfur dioksida yang akan mengganggu pernafasan. Sehubungan dengan itu, penyakit akan menyebar dengan cepat dan mempunyai kemungkinan yang besar untuk kemunculan penyakit baharu. Contoh penyakit yang ditimpa akibat jerebu ialah penyakit lelah, kanser paru-paru, batuk, iritasi kulit dan selsema.

      Selain itu, sektor pengankutan turut terjejas akibat jerebu. Sebagai contohnya, penerbangan terpaksa dibatalkan kerana pemandangan di udara yang tidak jelas dan kabur. Apabila jarak pemandangan terhad, penerbangan komersial turut terganggu. Hal ini juga menyebabkan industri pelancongan dan penghantaran barangan ke negara lain turut merosot.

      Seterusnya, jerebu juga menyebabkan penutupan sekolah di kawasan terlibat. Hal ini berlaku kerana pembacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi menunjukkan tahap udara yang tidak  sihat yang boleh menjejaskan kesihatan pelajar. Oleh itu, pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk menutup sekolah. Penutupan sekolah menyebabkan pembelajaran pelajar tidak dapat diadakan. Pada tahun 2015, secara kasar seramai 4 juta pelajar telah terlibat dalam isu ini. Selain itu, program dan aktviti sekolah lain turut tidak dapat diteruskan. Hal ini akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pembelajaran dan juga akan menjadi kesingkatan masa untuk melaksanakan aktiviti sekolah.

      Kepupusan flora dan fauna juga merupakan salah satu kesan daripada jerebu. Apabila jerebu terlalu tebal, ia akan menghalang sinaran matahari daripada terpancar ke bumi. Sinaran matahari yang kurang ini akan menyebabkan tanaman hampir mati dan menghalang pertumbuhan pokok. Hal ini akan menyebabkan habitat flora dan fauna terjejas yang akan mengakibatkan bilangan flora dan fauna mengurang. Kesannya ekosistem kawasan tersebut terjejas. Sehubungan dengan itu, pada masa depan kita tiada peluang untuk melihat flora dan fauna secara bnar dan hanya boleh dirujuk daripada gambar-gambar sahaja.

      Masalah jerebu juga menyebabkan kos pengurusan pencemaran meningkat. Hal ini dikatakan kerana, kerajaan memerlukan wang yang banyak dalam pengurusan pencemaran. Sebagai contoh, apabila situasi jerebu yang semakin teruk dan tidak pulih menyebabkan pihak kerajaan untuk melakukan pembenihan awan untuk membuat hujan turun. Proses pembenihan awan ini sangat mahal. Hal ini juga membebankan masyarakat secara tidak langsung.

      Kesimpulannya, masalah jerebu ini amat berbahaya dari beberapa segi. Oleh itu, kerjasama antara negara penting sebab masalah dapat diatasi secara global. Hal ini disebabkan, masalah salah satu masalah global yang kerap berlaku di beberapa negara. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengatasi masalah ini dengan meningkatkan kesedaran awam, memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan beberapa lagi. Hal ini kerana, jika masalah ini tidak dibendung, maka ia akan meninggalkan kesan negatif.

         

Comments

Popular posts from this blog

Faedah menabung dalam kalangan remaja dan cara menggalakkannya

Pengalaman menikmati makanan tradisional

Pengalaman membaca buku