Langkah memupuk amalan membaca buku-buku cerita dan kesusasteraan dalam kalangan remaja
Membaca merupakan amalan yang harus diamalkan oleh setiap insan untuk menambah ilmu pengetahuan. Namun, amalan membaca terutamanya buku-buku cerita dan kesusasteraan semakin berkurang dalam kalangan golongan remaja kita. Hal ini kerana, kemajuan dalam teknologi dan bidang komunikasi. Masyarakat pada masa kini, lebih terhibur dan tertarik dengan alat-alat gajet berbanding buku-buku. Sehubungan dengan ini, langkah-langkah haruslah dilaksanakan demi memupuk amalan ini dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.
Langkah yang harus diambil untuk memupuk amalan membaca buku sastera ialah mengadakan ceramah tentang tokoh-tokoh yang berjaya dan ahli falsafah yang mencipta pelbagai kesusasteraan. Hal ini kerana, pengetahuan tentang mereka akan menarik minat remaja untuk membaca hasil karya mereka. Selain itu, remaja juga boleh mencontohi teladan dan sikap tokoh-tokoh tersebut yang beri kepentingan dalam bidang membaca. Tegasnya, mengadakan ceramah dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja.
Di samping itu, promosi dan pameran juga boleh diadakan untuk memupuk amalan ini. Promosi dan pameran ini boleh diadakan di sekolah. Hal ini kerana, pameran seperti ini boleh diadakan di sekolah dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran. Hal ini, akan menyebabkan ramai remaja untuk membeli buku-buku kerana harganya yang lebih murah. Apabila mereka membanyakkan membeli buku cerita, maka mereka akan mengamalkan amalan membaca buku. Tambahan pula, mereka juga dapat menguasai bahasa tersebut.
Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan program nilam di sekolah bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja. Program nilam ini boleh dilakukan dengan memastikan setiap pelajar membaca semasa perhimpunan. Hal ini akan menambahbaikkan penguasaan membaca seseorang pelajar.Selain itu, pihak sekolah juga boleh memberi sijil dan hadiah kepada pelajar yang dapat mencatat nilam dengan paling banyak. Hal ini akan menyebabkan mereka untuk membaca dan mencatat kerana mereka akan mendapat sijil.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja. Hal ini boleh dilaksanakan oeh ibu bapa dengan memberi didikan kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, didikan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak menyebabkan mereka untuk mengikutinya. Didikan ini haruslah diberikan kepada anaknya sejak kecil lagi. Bah kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini disebabkan pengajaran sejak kecil lagi akan sentiasa diingati oleh setiap insan sampai bila-bila masa sahaja. Selain memberi didikan, ibu bapa juga patut mengamalkan amalan membacanya supaya dijadikan teladan oleh anak-anaknya.
Langkah seterusnya, kerajaan patut berperanan dalam memupuk amalan membaca. Kerajaan boleh memberi kesedaran tentang pentingnya amalan membaca dalam kehidupan. Hal ini boleh dilaksanakan dengan menganjurkan kempen kesedaran. Bukan sahaja setakat menganjurkan, kerajaan juga harus memastikan remaja menyertai kempen ini. Dalam usaha memastikan penyertaannya, kerajaan boleh menghebahkan info tentang kempen kesedaran melalui media massa.
Kesimpulannya, amalan membaca buku-buku cerita dan kesusateraan adalah amat penting dalam kehidupan demi kebaikan diri sendiri. Semua pihak haruslah bekerjasamadalam melakukan usaha ini supaya dapat kejayaannya suatu hari nanti. Amalan membaca dalam kalangan remaja akan melahirkan modal insan yang berpengetahuan pada masa akan dating.
Comments
Post a Comment