Langkah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

      Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting terutamanya dalam negara kita yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum. Hal ini kerana, perpaduan merupakan teras pembangunan negara. Walau bagaimanapun, amalan perpaduan semakin meluntur dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Keadaan seperti ini akan memberikan impak yang buruk kepada negara kita. Sebagai contohnya, negara kita akan mengalami kesukaran dalam mencapai keharmonian sosial. Maka beberapa langkah haruslah diambil untuk mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat.

      Salah satu langkah untuk mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat ialah setiap rakyat haruslah mengamalkan sikap tolak ansur antara satu sama lain. Sikap tolak ansur ini dapat mengelakkan berlakunyaperselisihan faham antara satu sama lain. Kesannya mereka dapat mengeratkan hubungan antara mereka tanpa mengira bangsa dan kaum. Hal ini juga dapat mengelakkan pergaduhan antara bangsa yang berlainan. 

      Selain itu, ibu bapa juga haruslah memberi didikan agama kepada anak mereka sejak kecil lagi untuk mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat. Didikan agama yang diberikan dapat membuat mereka berfikir kebaikan tentang pengamalan perpaduan dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi, dikatakan bahawa didikan agama haruslah diberi sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebunnya. Selain itu, didikan agama juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada mencetuskan rusuhan. 

      Seterusnya, pihak sekolah turut beperanan dalam memupuk perpaduan. Hal iniboleh dilaksanakan dengan memperkasakan cara pembelajaran di sekolah. Perpaduan dapat dipraktikkan dalam kalangan pelajar melalui subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Pihak sekolah boleh memperkasakan pembelajaran ini dengan melebihkan aktiviti daripada teori. Akiviti melalui pelajaran, menyebabkan para pelajar bergaul dengan semua rakannya yang berlainan bangsa. Pergaulan ini menyebabkan mereka untuk berkomunikasi dengan bebas antara satu sama lain tanpa sebarang halangan. Hal ii juga menyebabkan mereka menghormati kaum lain. 

      Di samping itu, pihak kerajaan haruslah memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Hal ini dapat dilaksanakan dengan menganjurkan sebuah kempen kesedaran. Peranan kerajaan bukan habis setakat menganjurkan kempen kesedaran sahaja, malah kerajaan juga harus memastikan bahawa rakyat mengambil bahagian dalam kempen. Hal ini dapat dilaksanakan dengan menarik minat rakyat untuk menyertai kempen kesedaran ini. Sehubungan dengan ini media massa juga boleh menghebahkan maklumat tentang penganjuran kempen kesedaran.

      Kesimpulannya, jika perpaduan dapat diamalkan dalam kalangan rakyat, negara boleh mencapai pembanguna yang maju. Hal ini kerana, perpaduan dalam kalangan rakyat dapat mengelakkan negara daripada berlaku sebarang rusuhan atau pergaduhan. Sehubungan dengan ini, setiap pihak haruslah bekerjasama dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.      

Comments

Popular posts from this blog

Faedah menabung dalam kalangan remaja dan cara menggalakkannya

Pengalaman menikmati makanan tradisional

Pengalaman membaca buku