Punca-punca masalah penderaan kanak-kanak terus berleluasa di negara kita

      Penderaan kanak-kanak merupakan salah satu kes jenayah yang semakin meningkat di negara kita. Biasanya penderaan ini dilakukan oleh ibu tiri atau ayah tiri, penjaga anak-anak atau teman wanita atau teman lelaki ibu bapa anak tersebut. Penderaan ini terbahagi kepada dua iaitu penderaan fizikal dan penderaan mental. Walaubagaimanapun, penderaan yang paling ketara dan tidak berperikemanusiaan ialah penderaan fizikal. terdapat beberapa punca berlakunya penderaan kanak-kanak.

      Punca pertama berlakunya penderaan kanak-kanak ialah kurangnya pengetahuan ibu dan bapa. Hal ini kerana, mereka tidak memahami dan menghayati sepenuhnya tanggungjawab sebagai ibu bapanya. Mereka juga tidak menganggap anaknya sebagai amanah dan mesti ditunaikan tanggungjawab. Sehubungan dengan ini, ibu dan bapa sebegini boleh dikategorikan sebagai ibu bapa yang kurang pengetahuan keibubapaan. Oleh itu, ibu bapa ini boleh diberi kaunseling untuk memberi kesedaran kepada mereka terhadap tanggungjawab mereka.

      Seterusnya, kegagalan institusi kekeluargaan juga menyebabkan penderaan kanak-kanak berleluasa. Hal ini berlaku kerana, apabila ibu dan bapa mempunyai perselisihan faham, mereka akan sering bergaduh. Perkara ini menyebabkan mereka menunjukkan kemarahan mereka terhadap anaknya. Selain itu, salah seorang daripada ibu bapa yang bercerai akan membawa anak-anak mereka bersamanya. Seterusnya, mempunyai kemungkinan yang besar untuk mereka berkahwin lain. Maka ibu atau bapa tiri tersebut akan mengambil kesempatan untuk mencederakan anak tersebut.

      Selain itu, kurang penghayatan agama dan nilai murni juga menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak. Apabila ibu bapa tiada penghayatan agama dan nilai murni menyebabkan mereka tidak berfikir dengan rasa pertimbangan. Maka mereka akan hilang pertimbangan dan bertindak untuk mendera anak-anak. Selain daripada itu, seseorang yang kurang mempunyai penghayatan agama, meraka kurang percaya dan tidak takut terhadap dosa dan pahala. Maka mereka akan membuat penderaan tanpa rasa seba salah dan dengan berani.

      Punca seterusnya, tekanan ekonomi yang dihadapi. Kos hidup yang semakin tinggi menyebabkan seseorang itu membuat lebih daripada satu kerja. Apabila mereka membuat banyak kerja untuk mencari nafkah, mereka mudah berasa tertekan kerana mereka sedang memegang bebanan yang besar. Maka mereka mudah menaik angin dan melepaskan kepada anak kecil. Selain itu, apabila mereka menghadapi masalah kewangan, kedua-dua ibu bapa terpaksa ke kerja. Maka mereka memberi anak mereka kepada penjaga. Dalam hal ini, kadang-kadang penjaga akan mendera anak-anak tersebut. 

      Penguatkuasaan undang-undang yang lemah turut merupakan salah satu puncanya. Hal ini kerana. pihak bertanggungjawab tidak mengambil tindakan yang sejajar dengan undang-undang. Ibu bapa atau penjaga yang mendera kanak-kanak sepatutnya diberikan hukuman yang setimpal supaya orang lain berasa takut demi melakukan kesalahan tersebut.

      Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak harus diatasi. Sehubungan dengan itu, setiap pihak selain pihak kerajaan juga harus berganding bahu untuk menolong menyelamatkan kehidupan budak-budak kecil itu.

Comments

Popular posts from this blog

Faedah menabung dalam kalangan remaja dan cara menggalakkannya

Pengalaman menikmati makanan tradisional

Pengalaman membaca buku