Sebab kenaikan harga barang di negara kita
Kenaikan harga barang merupakan satu isu yang sangat hangat pada masa ini di Malaysia. Isu ini menyebabkan ramai masyarakat tidak berpuas hati kerana mereka mula mengalami kesusahan dalam menguruskan perbelanjaan. Kenaikan harga barangan secara berterusan menyebabkan orang yang berpendapatan sederhana dan rendah mengalami tekanan kewangan. Terdapat beberapa sebab berlakunya kenaikan harga barangan.
Antara sebab kenaikan harga barangan ialah kenaikan harga minyak atau petrol. Hal ini kerana, harga minyak meningkat secara mendadak di pasaran antarabangsa dan memberi kesan kepada harga minyak tempatan turut meningkat. Sehubungan dengan ini,kos pemgeluaran meningkat. Selain kenaikan kos pengeluaran, kenaikan harga minyak turut menyumbang kepada kenaikan kos pengangkutan serta pemasaran meningkat di semua peringkat. Maka peniaga mengambil tindakan untuk memindahkan kenaikan kos kepada pembeli bagi mengekalkan mergin keuntungan.
Seterusnya, kebergantungan kepada sumber import juga merupakan sebab kenaikan harga barangan. Hal ini dikatakan sebagai puncanya kerana apabila harga barang yang diimport itu menaik di negara sendiri, maka harganya akan meningkat secara automatik di negara kita. Sebagai contoh, bahan makanan seperti sayur, buah-buahan, dan daging terlalu bergantung dari luar. Selain itu, apabila berlakunya kejatuhan nilai ringgit atau kenaikan nilai wang di luar negara menyebabkan harga barang import meningkat. Lebih-lebih lagi, jika berlaku bencana alam di negara pengeksport, maka akan berlakunya kenaikan harga barangan import dan pengguna terpaksa membayar lebih.
Selain itu, kenaikan harga barangan juga berlaku disebabkan sikap tamak peniaga. Terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan apabila permintaan meningkat terutamanya pada musim perayaan. Selain itu, terdapat juga peniaga yang enyimpan stok barangan untuk menaikkan harga barangan. Bukan sahaja itu, terdapat juga peniaga yang memonopoli sesuatu barangan dengan mengurangkan pengeluaran supaya harga barangan dapat ditingkatkan. Peniaga-peniaga yang mempunyai sikap ini ingin mengekalkan keuntungan dengan menaikkan harga.
Sebab lain bagi kenaikan harga baran ialah pengurangan subsidi. Sebelum ini, kerajaan memberi subsidi bagi membantu rakyat. Sekarang kerajaan turut bagi subsidi tetapi subsidi diselaraskan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan pengeluaran kerajaan. Hal ini menyebabkan rakyat bayar lebih sebab kerajaan telah mengurangakan pembayaran subsidi. Sebagai contoh, kerajaan telah membuat pengurangan subsidi terhadap barang keperluan asas seperti gula tepung dan minyak.
Kelemahan penguatkuasaan undang-undang juga merukan salah satu sebab berlakunya kenaikan harga baragan. Hal ini berlaku kerana jumlah penguatkuasa yang kurang menyukarkan kerja pemantauan. Perbuatan menyorok baranagn untuk menaikan masih berlaku. Selain itu, penyelewengan terhadap barang kawalan juga masih berlaku. Perkara-perkara seperti ini haruslah dipantau dan mengambil tindakan.
Kesimpulannya, isu kenaikan harga barang ini memberi kesusahan kepada ramai orang. Maka semua orang tak kira pihak kerajaan atau peniaga-peniaga haruslah berfikir dan mengambil tindakan yang wajar supaya isu ini dapat diatasi.
Comments
Post a Comment