Pengalaman mengikuti kelas kuliah BBK3401

         Kreativiti merupakan elemen yang penting untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran luar dari kotak. Sehubungan dengan ini, subjek Penglahiran Bakat Kreatif juga merupakan salah satu subjek yang menyebabkan seseorang pelajar untuk berfikir secara mantap dan kreatif. Hal ini dikatakan, kerana tugasan-tugasan yang diberikan mengasaskan bakat kreatif seseorang pelajar.

         Pengalaman saya belajar di kelas tersebut ialah dapat menuliskan satu karya dengan mengekspresikan perasaan dan fikiran saya. Hal ini dapat diimplikasikan dengan lebih baik selepas menghadiri kuliah tentang cara-cara menuliskan karya yang kreatif. Saya telah mengimplikasikan cara-cara tersebut semasa menuliskan cerpen dan sajak. Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara menuliskan sebuah cerpen dengan mengadakan klimax yang kreatif serta mengetahui cara menulis sajak dengan baik. Seterusnya, saya juga dapat menghayati maksud tersirat dalam sajak dan pantun.

        Seterusnya, saya juga dapat mengetahui aspek-aspek penting dalam menulis sesebuah novel. Penulisan novel mempunyai dua proses iaitu dalaman dan luaran. Saya juga dapat mengetahui bahawa novel merupakan satu genre atau bentuk karya kesusateraan dalam bidang kesusasteraan moden. Saya juga dapat mengetahui bahawa novel ini juga merupakan kesinambungan daripada karya-karya prosa lama dan juga karya prosa naratif yang menjadi produk pengeluaran daripada daya imaginasi.

         Secara keseluruhannya, saya dapat mempelajari cara berfikir kreatif dalam penulisan sesebuah karya. Hal ini dapat membantu saya untuk mengekspresikan perasaan saya melalui penulisan. Perkara-perkara sebegini dapat menambahbaikkan cara pemikiran saya dan menjadikannya lebih kreatif.

     
     

                 

Comments

Popular posts from this blog

Faedah menabung dalam kalangan remaja dan cara menggalakkannya

Pengalaman menikmati makanan tradisional

Pengalaman membaca buku