Punca pengabaian warga emas semakin serius

        Warga emas merupakan golongan yang berumur 60 tahun dan ke atas. Mereka ialah golongan yang harus diberi tumpuan terutamanya oleh anak-anak mereka. Namun, pada zaman yang moden ramai anak mengabaikan ibu dan bapanya yang menjadi tua. Sama ada mereka menglepaskan warga emas tersebut iaitu ibu bapa mereka di rumah orang tua ataupun tidak melayan mereka dengan baik walaupun berada di rumah. Terdapat beberapa punca pengabaian warga emas pada masa ini.

        Punca pertama yang menyebabkan berlakunya pengabaian warga emas ialah masyarakat moden kini lebih mengejar kebendaan dan kekayaan. Hal ini desebabkan, mereka berlari untuk mencari rezeki kerana kos hidup semakin meningkat. Maka, mereka terpaksa meninggalkan warga bersendirian di rumah. Kadang kala warga emas tersebut akan berada di di rumah berseorangan selama seharian. Bukan sahaja itu, ada juga anak-anak yang meninggalkan orang tuanya di rumah kebajikan. Perkara-perkara sebegini akan menyebabkan mereka berasa kecil hati. Perasaan ini akan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa mereka. Mereka akanmula menganggap bahawa anak mereka tidak memelukannya lagi.

         Selain itu, anak-anak yang kurang penghayatan agama juga merupakan puncanya. Hal ini dikatakan kerana, orang yang tiada penghayatan agama tidak mempedulikan tentang kebaikan dan keburukan. Mereka juga tidak kisah tentang dosa dan pahala. Maka, mereka akan melakukan perkara yang ingin melakukan seperti mengabaikan warga emas tanpa berasa serba salah. Mereka ini juga merupakan manusia yang tidak bererti bersyukur kepada orang yang banyak membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, ibu telah membuat banyak untuk kita seperti mengandung kita, menyusu, membesarkan kita dengan penuh kasih saying dan bapa pula akan pergi ke kerja dan mencari rezeki demi membesarkan anak-anaknya. Namun, pengorbana mereka tidak langsung disyukuri oleh anaknya, lalu mengabaikan warga tua tersebut.

        Seterusnya, tanggapan buruk juga merupakan salah satu punca pengabaian warga emas. Selain anak-anak sendiri,masyarakat di dunia luar turut menganggap warga tua tidak dapat menbantu dalam apa segi kerja. Sehubungan dengan itu, menganggap warga tua tersebut tidak produktif lalu mangabaikan mereka. Lebih-lebih lagi ada orang yang menganggap warga emas ini sebagai beban mereka. Terdapat juga anak yang menjaga warga tuanya demi persepsi supaya masyarakat luar tidak cakap buruk tentangnya. Mereka tidak menjaga ibu bapanya dengan hati yang baik. Malah mereka terpaksa menjaga warga tua tersebut dengan tanggapan tiada faedah yang diperolehnya.

        Pengalaman pahit anak-anak juga adalah punca berlakunya pengabaian warga emas. Sebagai contoh,semasa mereka kecil ibu bapa mereka sering menunjukkan kemarahan kepada mereka. Kemarahannya ditunjukkan dengan mendera mereka sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Penderaan fizikal dilakukan dengan melepaskan kemarahannya dengan memukul anak-anak mereka dengan kuat manakala penderaan mental dilakukan dengan mengunakan perkataan-perkataan kesat dan menyakitkan hati. Hal ini, menyebabkan mereka mempunyai perasaan benci terhadap kedua-dua ibu dan bapanya. Maka, apabila mereka membesar nanti mereka tidak berasa belas kasihan terhadap mereka kerana anak-anak tersebut sudah membenci mereka sejak kecil lagi. Malah mereka juga turut beringin untuk memberikan kesakitan yang dialami sejak kecil itu kepada mereka.

        Akhirnya, perasaan malu dan tidak mahu dipandang serong turut menyebabkna mereka mengabaikan warga emas. Pada zaman ini yang semakin moden, menyebabkan anak-anak tinggal di tempat yang moden seperti rumah teres, kondominium, bungalow, dan sebagainya. Atas alasan malu dan segan serta takut akan dipandang serong oleh masyarakat di taman perumahan,anak-anak tersebut tidak menbawa keluar warga tuanya bersam mereka.

        Kesimpulannya, persepsi terhadap warga tua ini harus tukar dan mereka patut diberikan masa kita untuk berada bersama-samanya. Oleh itu, semua pihak diingati untuk menjaga warga tuanya dengan baik tanpa mengabaikan. Hal ini juga disebabkan mereka tidak lama akan berada di dunia ini. Maka, kita haruslah menjaga mereka mereka dengan sebaik mungkin semasa mereka berada dengan kita.      

Comments

Popular posts from this blog

Faedah menabung dalam kalangan remaja dan cara menggalakkannya

Pengalaman menikmati makanan tradisional

Pengalaman membaca buku