Sebab dan kerugian penghijarahan warganegara berpendidikan tinggi ke luar negara terhadap negara kita

        Pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan seseorang. Maka, semua orang digalakkan untuk belajar kerana pendidikan dapat mencerahkan kehidupan semua orang. Hal ini dikatakan kerana pendidikan dapat menyebabkan seseorang untuk dapat kerja. Pada zaman ini, masyarakat yang berpendidikan tinggi semakin meningkat. Namun, semakin ramai golongan yang  ini yang berhijrah ke luar negara dan hal ini merugikan negara. Terdapat beberapa sebab warganegara berpendidikan tinggi berhijrah ke luar negara.

        Salah satu sebabnya ialah suasana pekerjaan yang lebih baik. Hal ini dikatakan, kerana mereka mendapat suasana pekerjaan yang lebih kondusif di negara lain. Lebih-lebih lagi, bakat dan kecerdikan mereka diiktirafkan di negara lain. Mereka juga diberikanganjaran yang sesuai di negara lain bagi pekerjaan mereka. Hal-hal ini menyebabkan mereka untuk bekerja di sana.

       Seterusnya, dorongan ahli keluarga dan yang kenalan juga merupakan sebab penghijrahan warganegara ke luar negara. Sebagai contoh, mereka akan mendapat galakkan daripada ahli keluarga yang pernah bekerja di sana. Mereka akan memberitahunya bahawa prasarana di negara maju lebih hebat berbanding dengan negara kita. Hal ini semua menyebabkan mereka tertarik dengan cara kehidupan di sana. Kadang kala, ibu bapa juga menggalakkan anak-anak mereka untuk bekerja di sana kerana nilai mata wang di san yang lebih mantap.

        Kehilangan tenaga pakar merupakan salah satu kerugian penghijarahan warganegara ke negara lain. Hal ini kerana, golongan yang berpendidikan yang tinggi merupakan bakal pakar doktor, peguam, dan sebagainya. Maka, apabila mereka berhijrah ke luar negara, tenaga pakar di negara kita akan menjadi semakin berkurangan. Selain itu, golongan yang berpendidikan tinggi juga merupakan golongan yang cerdik dan inovatif. Sehubungan dengan ini, golongan yang inovatif akan berkurangan di negara kita. Oleh itu, kemajuan negara terbantut.

        Selain itu, kerugian kewangan kerajaan juga merupakan kerugian penghijrahan warganegara. Hal ini dikatakan kerana, golongan-golongan seperti ini menggunakan duit kerajaan untuk belajar sejak kecil lagi. Ini kerana, pendidikan di Malaysia pada peringkat sekolah rendah dan menengah dibiayai oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi, golongan yang cerdik ini akan mendapat biasiswa semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta sebagainya. Namun, selepas tamat belajar, golongan tersebut ke luar negara kerana mendapat gaji yang lebih tinggi. Kesannya, pihak kerajaan tidak dapat modal kembali untuk kebaikan negara.

        Kesimpulannya, penghijrahan warganegara ke luar negara banyak membawa kerugian kepada negara kita. Oleh itu, semua rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berpendidikan tinggi haruslah menyedar kepentingan dan kebaikan bekerja di tanah airnya.

       

Comments

Popular posts from this blog

Faedah menabung dalam kalangan remaja dan cara menggalakkannya

Pengalaman menikmati makanan tradisional

Pengalaman membaca buku