Pengalaman membaca buku
Buku merupakan satu alat yang meningkatkan ilmu dan pengetahuan seseorang dalam kehidupan mereka. Maka semua orang digalakkan untuk membaca buku kerana supaya dapat melahirkan masyarakat yang berpegetahuan tinggi dan berfikiran matang serta rasional. Terdapat pelbagai jenis buku seperti buku cerita yang fiksyen dan bukan fiksyen, buku biografi, buku sastera dan lain-lain lagi. Saya juga telah membaca beberapa buku. Daripada itu, saya ingin menceritakan pengalaman saya membaca buku Tirani. Tirani merupakan buku novel saya semasa saya belajar tingkatan empat. Ia merupakan komsas saya. Buku tersebut merupakan buku yang menceritakan kisah kehidupan seorang perempuan muda yang bernama Waheeda. Novel tersebut ditulis seorang pengarang yang bernama Beb Sabariah. Waheeda merupakan seorang gadis yang ingin menjadikan dirinya cantik kerana semua rakan memperlikannya bahawa dia hodoh. Dia berkeinginan untuk melakukan pembedahan plastik...