Posts

Pengalaman membaca buku

        Buku merupakan satu alat yang meningkatkan ilmu dan pengetahuan seseorang dalam kehidupan mereka. Maka semua orang digalakkan untuk membaca buku kerana supaya dapat melahirkan masyarakat yang berpegetahuan tinggi dan berfikiran matang serta rasional. Terdapat pelbagai jenis buku seperti buku cerita yang fiksyen dan bukan fiksyen, buku biografi, buku sastera dan lain-lain lagi. Saya juga telah membaca beberapa buku. Daripada itu, saya ingin menceritakan pengalaman saya membaca buku Tirani. Tirani merupakan buku novel saya semasa saya belajar tingkatan empat. Ia merupakan komsas saya. Buku tersebut merupakan buku yang menceritakan kisah kehidupan seorang perempuan muda yang bernama Waheeda. Novel tersebut ditulis seorang pengarang yang bernama Beb Sabariah.         Waheeda merupakan seorang gadis yang ingin menjadikan dirinya cantik kerana semua rakan memperlikannya bahawa dia hodoh. Dia berkeinginan untuk melakukan pembedahan plastik...

Pengalaman mengikuti kelas kuliah BBK3401

         Kreativiti merupakan elemen yang penting untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran luar dari kotak. Sehubungan dengan ini, subjek Penglahiran Bakat Kreatif juga merupakan salah satu subjek yang menyebabkan seseorang pelajar untuk berfikir secara mantap dan kreatif. Hal ini dikatakan, kerana tugasan-tugasan yang diberikan mengasaskan bakat kreatif seseorang pelajar.          Pengalaman saya belajar di kelas tersebut ialah dapat menuliskan satu karya dengan mengekspresikan perasaan dan fikiran saya. Hal ini dapat diimplikasikan dengan lebih baik selepas menghadiri kuliah tentang cara-cara menuliskan karya yang kreatif. Saya telah mengimplikasikan cara-cara tersebut semasa menuliskan cerpen dan sajak. Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara menuliskan sebuah cerpen dengan mengadakan klimax yang kreatif serta mengetahui cara menulis sajak dengan baik. Seterusnya, saya juga dapat menghayati maksud tersirat dalam ...

Sebab dan kerugian penghijarahan warganegara berpendidikan tinggi ke luar negara terhadap negara kita

        Pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan seseorang. Maka, semua orang digalakkan untuk belajar kerana pendidikan dapat mencerahkan kehidupan semua orang. Hal ini dikatakan kerana pendidikan dapat menyebabkan seseorang untuk dapat kerja. Pada zaman ini, masyarakat yang berpendidikan tinggi semakin meningkat. Namun, semakin ramai golongan yang  ini yang berhijrah ke luar negara dan hal ini merugikan negara. Terdapat beberapa sebab warganegara berpendidikan tinggi berhijrah ke luar negara.         Salah satu sebabnya ialah suasana pekerjaan yang lebih baik. Hal ini dikatakan, kerana mereka mendapat suasana pekerjaan yang lebih kondusif di negara lain. Lebih-lebih lagi, bakat dan kecerdikan mereka diiktirafkan di negara lain. Mereka juga diberikanganjaran yang sesuai di negara lain bagi pekerjaan mereka. Hal-hal ini menyebabkan mereka untuk bekerja di sana.        Seterusnya, dorongan ahli kelu...

Punca pengabaian warga emas semakin serius

        Warga emas merupakan golongan yang berumur 60 tahun dan ke atas. Mereka ialah golongan yang harus diberi tumpuan terutamanya oleh anak-anak mereka. Namun, pada zaman yang moden ramai anak mengabaikan ibu dan bapanya yang menjadi tua. Sama ada mereka menglepaskan warga emas tersebut iaitu ibu bapa mereka di rumah orang tua ataupun tidak melayan mereka dengan baik walaupun berada di rumah. Terdapat beberapa punca pengabaian warga emas pada masa ini.         Punca pertama yang menyebabkan berlakunya pengabaian warga emas ialah masyarakat moden kini lebih mengejar kebendaan dan kekayaan. Hal ini desebabkan, mereka berlari untuk mencari rezeki kerana kos hidup semakin meningkat. Maka, mereka terpaksa meninggalkan warga bersendirian di rumah. Kadang kala warga emas tersebut akan berada di di rumah berseorangan selama seharian. Bukan sahaja itu, ada juga anak-anak yang meninggalkan orang tuanya di rumah kebajikan. Perkara-perkara sebegini akan ...

Pengalaman menikmati makanan tradisional

        Makanan tradisional merupakan salah satu faktor yang melambangkan adat dan identiti sesuatu kaum. Terdapat pelbagai makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia. Contohnya, nasi lemak dan rendang bagi kaum Melayu, tosai dan murukku bagi kaum India manakala kuih bulan dan char keow teow bagi kaum Cina. Makanan tradisional merupakan aspek penting yang mengeratkan perpaduan antara kaum. Hal ini kerana, apabila kaum lain menikmati makanan kaum lain yang lazat itu, mereka dapat mengetahui lebih tentang adat dan budaya kaum lain. Maka, hubungan mereka akan menjadi lebih erat secara tidak langsung. Begitu juga dengan saya. Pengalaman saya makan makanan tradisional kaum Cina adalah apabila saya menikmati kuih bulan semasa perayaan kuih bulan.          Pertama kali saya makan kuih bulan adalah semasa pengurus tempat kerja kakak saya  memberi kuih bulan kepadanya. Dia membawa kuih bulan tersebut dan memberi kepada saya dan keluarg...

Faeadah sumber alternatif tehadap kehidupan manusia dan alam sekitar

        Sumber alternatif merupakan sumber tenaga yang selain daripada bahan fosil yang dianggap berbahaya terhadap alam sekitar. Bahaya ini dapat dikurangkan dengan penggunaan sumber alternatif. Hal ini disebabkan sumber alternatif adalah sumber yang boleh diperbaharui dan mempunyai pelepasan karbon yang lebih rendah berbanding dengan sumber tenaga yang konvensional. Kini, perkembangan sains dan teknologi telah mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis sumber alternatif. Kewujudan sumber-sumber alternatif banyak membantu dalam kehidupan manusia dan alam sekitar.         Faedah sumber alternatif terhadap terhadap kehidupan manusia yang pertama ialah mengatasi krisis sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Bahan fosil adalah salah satu sumber alam yang memang bayak membantu masyarakat dalam menjalankan kegiatan harian. Contoh yang paling dominan ialah kenderaan. Walaupun, Malaysia tidak dapat lari daripada masalah pada masa yang akan datang i...

Langkah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

      Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting terutamanya dalam negara kita yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum. Hal ini kerana, perpaduan merupakan teras pembangunan negara. Walau bagaimanapun, amalan perpaduan semakin meluntur dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Keadaan seperti ini akan memberikan impak yang buruk kepada negara kita. Sebagai contohnya, negara kita akan mengalami kesukaran dalam mencapai keharmonian sosial. Maka beberapa langkah haruslah diambil untuk mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat.       Salah satu langkah untuk mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat ialah setiap rakyat haruslah mengamalkan sikap tolak ansur antara satu sama lain. Sikap tolak ansur ini dapat mengelakkan berlakunyaperselisihan faham antara satu sama lain. Kesannya mereka dapat mengeratkan hubungan antara mereka tanpa mengira bangsa dan kaum. Hal ini juga dapat mengelakkan pergaduhan antara bangsa yang berlainan.        Se...