Faeadah sumber alternatif tehadap kehidupan manusia dan alam sekitar
Sumber alternatif merupakan sumber tenaga yang selain daripada bahan fosil yang dianggap berbahaya terhadap alam sekitar. Bahaya ini dapat dikurangkan dengan penggunaan sumber alternatif. Hal ini disebabkan sumber alternatif adalah sumber yang boleh diperbaharui dan mempunyai pelepasan karbon yang lebih rendah berbanding dengan sumber tenaga yang konvensional. Kini, perkembangan sains dan teknologi telah mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis sumber alternatif. Kewujudan sumber-sumber alternatif banyak membantu dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. Faedah sumber alternatif terhadap terhadap kehidupan manusia yang pertama ialah mengatasi krisis sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Bahan fosil adalah salah satu sumber alam yang memang bayak membantu masyarakat dalam menjalankan kegiatan harian. Contoh yang paling dominan ialah kenderaan. Walaupun, Malaysia tidak dapat lari daripada masalah pada masa yang akan datang i...